Halaman

Khamis, 28 Oktober 2010

Contoh surat ????????????????????

Tengah dok wat kerja masuklak e-mail ni, cuba-cubalah fikirkan...... 



Contoh Surat Cara Minta Kahwin Lagi


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di
isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah
hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi
seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya
ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas
yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10
tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama
tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh
saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kalau anda berani cubalah.... ahaks!
  JANGAN NAK BERANGAN WAHAI JANTAN2

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain    

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…



Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

*******************************************************
Nilah contoh jawapan dari hamba.....sesaje je...
TINTA BUAT NAKHODA…………….

Semasa bercinta dimulut penuh kata janji manis hidup bersama,
Alam pertunangan berbagai impian dicorak bersama,
Akad dilafaz maka sahlah kini hidup berdua,
Impian yang dulu fantasi kini menjadi realiti,
Dalam meniti kehidupan didalam ‘bahtera’ perkahwinan,
Terpatri cinta abadi maka lahirlah cahaya mata pengikat kasih di hati,
Gelombang dilautan tidak bertepi diharungi bersama,
Susah senang perit getir melayari bahtera menuju ke destinasi  Pulau Impian.

Alhamdulillah……..
Berkat kesabaran onak duri yang ada ditempuh bersama,  
Kini Impian hampir ke destinasi,
Lautan yang dulu luas tidak bertepi ,
Kini semakin hampir ke pulau  yang diimpi,
Akan tetapi kini hadir “tinta impian” kiriman Nakhoda,
Mohon berlabuh dan ingin meneraju sebuah lagi bahtera,
Peneman setia kini tersentak dan tersedar dari lamunan,
Mencari dimana letak akan kekhilafan,
Penuh keredhaan dipujuk hati mohon petunjuk Darinya,
Saban malam bertafakur mengumpul kekuatan.

Kiriman “tinta impian” dibalas,
Mohon Nakhoda mengimbas segala kenangan,
Andai mampu membawa bahtera ‘lama’ dan amanah ini ke Pintu Syurga,
Tidak terpanggil nanti kembali Menghitung Azab yang tidak terhingga,
Wahai Nakhoda bahtera  kini ditanganmu,
Peneman ini akan tetap setia menanti mu,
Renungilah mata ini dengan penuh pengertian,
Agar diri tidak tersilap perhitungan,
Nakhoda tidak tersalah panduan dalam mencari kesempurnaan…..
                                                             



                                                                   arieasa @ aliesa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan